MARI BERKONGSI ILMU TENTANG PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Sunday, March 24, 2024

Puasa Ganti (qadha puasa)

  1. Puasa di bulan Ramadan adalah puasa wajib. Oleh itu jika tertinggal puasa Ramadan, wajib digantikan (qadha puasa).

  2. Lelaki, perempuan, sama sahaja. Kena ganti (qadha) puasa Ramadan yang tertinggal (atau ditinggalkan).

  3. Puasa Ramadan yang ditinggalkan perlu digantikan seawal mungkin sebelum sampai bulan Ramadan yang berikutnya.

  4. Berapa kali kena ganti?

  5. Ganti sekali sahaja. Jumlah hari yang digantikan adalah mengikut jumlah hari yang ditinggalkan (atau tertinggal).

  6. Niat puasa ganti

  7. Dalam niat puasa ganti perlu dinyatakan 'puasa ganti' (qadha) bagi menggantikan puasa Ramadan.

  8. Contoh niat:
    "Sahaja aku berpuasa pada esok hari (atau hari ini) bagi qadha (menggantikan) fardu puasa Ramadan kerana Allah Taala."

  9. Boleh berniat dalam bahasa Melayu sahaja jika tidak tahu susunan niat dalam bahasa Arab.

  10. Bila boleh mula ganti puasa?

  11. Puasa ganti adalah di luar bulan Ramadan.

  12. Paling awal boleh melakukan puasa ganti ialah pada 2 Syawal. Pada 1 Syawal haram berpuasa kerana Hari Raya Idul Fitri.

  13. Hari-hari yang haram dibuat puasa ganti

  14. Dalam setahun, tidak boleh (haram) buat puasa ganti pada hari-hari berikut:

    • sepanjang bulan Ramadan
    • 1 Syawal (Hari Raya Idul Fitri)
    • 10 Zulhijjah (Hari Raya Idul Adha)
    • 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
  15. Jadi secara keseluruhannya selain dari bulan Ramadan, ada lima hari lain yang juga tidak boleh dibuat puasa ganti.

  16. Bolehkah puasa ganti (qadha) dan puasa enam (puasa sunat) dibuat serentak?

  17. Ada dua pandangan tentang masalah ini. Pandangan pertama kata tak boleh gabung manakala pandangan kedua kata boleh gabung.

  18. Oleh kerana ada dua pandangan, maka isu ini menjadi 'khilaf'. Dalam hal 'khilaf', boleh diikut mana-mana satu dari dua pandangan tersebut.

  19. Pandangan pertama: Jumhur ulama mengatakan kena habiskan puasa ganti terlebih dahulu dan selepas itu barulah dilakukan puasa enam.

  20. Pandangan kedua: Ada sebahagian kecil fuqaha (ahli fekah, pakar hukum-hukum Islam) berkata boleh digabungkan sekali puasa ganti dengan puasa enam.

  21. Adakah makruh puasa ganti pada hari Jumaat?

  22. Perlu difahami beza antara puasa sunat dan puasa ganti (qadha puasa Ramadan).

  23. Puasa-puasa sunat makruh dibuat pada hari Jumaat sahaja. Tidak makruh jika puasa sunat pada hari Jumaat itu dipasangkan dengan puasa pada hari Khamis (puasa sunat pada hari Khamis dan Jumaat), atau dipasangkan dengan hari Sabtu (puasa sunat pada hari Jumaat dan Sabtu).

  24. Jika dipasangkan, hukumnya tidak lagi makruh.

  25. Namun puasa ganti tidak makruh dibuat pada hari Jumaat. Ini kerana puasa ganti adalah puasa wajib dan bukan puasa sunat. Jadi hukum makruh itu tidak terpakai pada puasa-puasa ganti.

  26. Kalau tak sempat ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya?

  27. Kena bayar fidyah.