MARI BERKONGSI ILMU TENTANG PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Saturday, May 11, 2013

Defini Puasa Ramadan

Puasa Ramadan ialah puasa wajib bagi umat Islam di sepanjang bulan Ramadan. Dalam sepanjang bulan ini, umat Islam diwajibkan menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa tersebut. Waktu berpuasa itu pula ialah mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari setiap hari.

Dari segi syarak, puasa bermaksud menahan diri dari berbuka pada masa yang tertentu iaitu bermula dari terbir fajar hingga terbenam matahari untuk orang tertentu dengan disertakan niat.

Puasa Ramadan adalah wajib

Puasa Ramadan adalah salah satu dari lima Rukun Islam (selain dari mengucap, sembahyang, zakat, dan pergi haji). Hukum puasa di bulan Ramadan adalah wajib.

Dalam al-Quran Surah al-Baqarah: 183 Allah telah berfirman yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."

Terdapat satu hadis riwayat Ahmad, An- Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Tempoh berpuasa

Tempoh berpuasa ialah dari waktu terbit fajar itu ialah bila masuk waktu sembahyang Subuh, sehinggalah waktu terbenam matahari iaitu waktu apabila sudah masuk waktu Maghrib. Jadi waktu berpuasa ialah apabila masuk saja waktu Subuh sampailah masuk waktu Maghrib.

Dari sudut geografi, fajar ialah cahaya kemerah-merahan di kaki langit sebelah timur sejurus sebelum matahari terbit. Matahari belum terbit lagi tetapi cahaya lemah kemerah-merahan sudah mula muncul di kaki langit. Kalau kita baca buku-buku tentang puasa, ada yang menyebut tentang fajar sadik. Fajar sadik ini ialah cahaya kemerah-merahan yang mula-mula muncul. Cahaya 'sadik' inilah yang dianggap sebagai batas atau sempadan antara akhir malam dan permulaan pagi.

Tempoh masa berpuasa dalam satu-satu hari ini dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)".

Sahur

Sahur ialah makan sebelum memulakan puasa. Waktu sahur ini habis bila masuk saja waktu sembahyang Subuh. Sahur ini tidak wajib. Jadi tidak sahur pun tak apa. Namun ada satu hadis yang Nabi Muhammad s'a.w (riwayat Muslim) yang bermaksud bahawa yang membezakan puasa kita (umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab ialah bersahur. Ada satu lagi hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan".

Jadi sahur itu sunat. Jadi eloklah kita menambah amal ibadat di bulan Ramadan dengan perkara-perkara sunat untuk menambahkan pahala. Lagi pun sahur ini bolehlah dianggap sebagai 'pengalas perut' atau 'penyimpan tenaga' sebelum memulakan puasa. Bersahur dapat membantu kita untuk menjadi lebih cergas dan bertenaga semasa berpuasa, di samping mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.

Imsak

Imsak ialah waktu berjaga-jaga, iaitu lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu Subuh. Imsak dalam bahasa Arab bermaksud 'menahan daripada sesuatu'. Ada satu hadis daripada Zaid bin Thabit yang bermaksud:

"kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya "berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?", baginda bersabda '50 ayat al-Qur’an' (HR Bukhari).

Hadis di atas menunjukkan yang Nabi Muhammad s'a.w makan sahur, kemudian lepas habis makan sahur itu ada suatu 'jarak waktu' sebelum baginda mula bersembahyang Subuh. Tempoh waktu antara habis sahur dengan solat Subuh itu ialah kira-kira lama membaca '50 ayat al-Quran'

Jadi sebenarnya dalam tempoh waktu imsak itu bukanlah haram untuk makan minum sebab haram makan-minum hanyalah bila sudah masuk waktu Subuh. Waktu imsak itu hanyalah waktu untuk 'berjaga-jaga' atau waktu persiapan untuk memulakan puasa. Tetapi berhenti sahur dalam tempoh '50 bacaan ayat al-Quran' sebelum masuk waktu Subuh itu adalah sunnah Nabi Muhammad s'a.w. Jadi sedapat-dapatnya eloklah kita lakukan yang sunnah itu.

Niat Puasa

Tiada puasa tanpa niat. Jadi kalau nak berpuasa, kena ada niat. Niat ialah menyatakan dalam hati yang kita nak buat sesuatu. Tidak wajib berniat dalam bahasa Arab. Jadi boleh niat dalam bahasa Melayu. Waktu niat adalah selepas waktu Maghrib (waktu berbuka) dan sebelum masuk waktu Subuh. Boleh saja berniat puasa masa hendak tidur. Tapi lebih baiknya ialah berniat selepas waktu sahur.

Boleh niat puasa untuk setiap kali nak berpuasa. Tapi boleh juga berniat untuk berpuasa sebulan, iaitu berniat untuk menunaikan puasa setiap hari pada sepanjang bulan Ramadan.

Di bawah ini pula ialah doa semasa berbuka puasa:

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan (level) iaitu:

  • Puasa orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  • Puasa orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  • Puasa orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

----------------------------------

Baca pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) tentang sahur dan hukumnya.

Friday, May 10, 2013

Rukun puasa Ramadan

Rukun ialah perkara yang perlu dibuat untuk menjadikan sesuatu amalan itu sempurna dan boleh diterima. Ada dua rukun puasa Ramadan iaitu:
  1. Niat
  2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Niat Puasa

Tiada puasa tanpa niat. Jadi kalau nak berpuasa, kena ada niat. Niat ialah menyatakan dalam hati yang kita nak buat sesuatu. Tidak wajib berniat dalam bahasa Arab. Jadi boleh niat dalam bahasa Melayu.

Waktu niat adalah selepas waktu Maghrib (waktu berbuka) dan sebelum masuk waktu Subuh. Boleh saja berniat puasa masa hendak tidur. Tapi lebih baiknya ialah berniat selepas waktu sahur.

Boleh niat puasa untuk setiap kali nak berpuasa. Tapi boleh juga berniat untuk berpuasa sebulan, iaitu berniat untuk menunaikan puasa setiap hari pada sepanjang bulan Ramadan.

Bila puasa disyariatkan?

Sebenarnya, sejak bila puasa ini menjadi suatu perkara yang wajib? Di mana dan bagaimanakah kisahnya?

Siapa yang wajib berpuasa?

Wajib bermakna mesti buat dan berdosa jika tidak buat. Dalam puasa Ramadan, tidak semua orang wajib berpuasa kerana ada yang belum mencapai syarat atau yang dikecualikan.

Siapa yang dibenarkan untuk tidak berpuasa

Islam adalah mudah dan tidak menindas umatnya sendiri. Kebanyakan hukum dalam Islam ada pengecualiannya kerana manusia dilahirkan tidak sama. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada lelaki dan ada perempuan. Ada yang muda dan ada yang tua.

Hukum-hukum puasa Ramadan

Mari kita lihat segala sesuatu tentang perkara paling asas dalam amalan ibadat puasa di bulan Ramadan. Puasa biar sempurna kerana kita tidak mahu untuk hanya mendapat lapar tapi tidak mendapat pahala. Oleh itu elok sangatlah untuk kita tahu segala sesuatu tentang hukum-hakam puasa di bulan Ramadan.

Syarat wajib

Orang Islam (1) berakal (tidak gila), (2) sudah baligh (cukup umur), dan (3) mampu (tidak uzur) ialah orang yang memenuhi syarat-syarat untuk diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan. Jika belum ada ketiga-tiga ciri ini maka belum wajib lagi untuk seseorang itu untuk berpuasa.

Syarat sah

Syarat sah pula ialah syarat-syarat yang membolehkan puasa itu diterima di dalam Islam. Ada empat syarat sah puasa Ramadan iaitu

  • Orang Islam.
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas (bagi wanita)
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun Puasa

Rukun ialah perkara yang perlu dibuat untuk menjadikan sesuatu amalan itu sempurna dan boleh diterima.

  • Niat
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Perkara-perkara Sunat

Sunat ialah perkara-perkara yang tidak berdosa jika tidak dibuat, namun akan mendapat pahala jika dibuat. Oleh itu kita digalakkan untuk lakukan perkara-perkara sunat ini supaya kita mendapat pahala lebih di bulan Ramadan. Antara sunat-sunat puasa adalah seperti berikut:

  1. Segerakan buka puasa apabila telah masuk waktu berbuka. Apabila telah masuk waktu berbuka (waktu Maghrib), janganlah dilengah-lengahkan makan-minum. Makan saja terus, tunggu apa lagi.

  2. Melambatkan makan sahur, iaitu makan sahur di penghujung waktunya.

  3. Menjauhi perkara-perkara maksiat semasa berpuasa.

  4. Tunaikan solat terawih sama ada secara sendirian, berjemaah di rumah, atau beramai-ramai di masjid/surau.

  5. Berdoa dan berzikir selepas solat witir.

  6. Bertadarus (baca al-Quran secara berkumpulan).

  7. Iktikaf di masjid pada 10 malam Ramadan yang terakhir.

  8. Besedekah.

  9. Membaca doa semasa berbuka puasa.

  10. Memulakan buka puasa dengan tiga biji kurma.

Perkara-perkara makruh

Makruh bermakna tidak berdosa jika buat, namun jika ditinggalkan, akan mendapat pahala. Antara contoh perkara yang makruh dilakukan semasa berpuasa Ramadan ialah:

  1. Berkumur-kumur semasa hampir masuk waktu berbuka.

  2. Gosok gigi semasa hampur masuk waktu berbuka.

  3. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan.

  4. Menuturkan kata-kata yang kotor, keji dan sia-sia.

  5. Memandang atau mencium bunga atau buah-buahan.

  6. Berbekam, jika amalan bekam itu melemahkan badan. Kalau tidak melemahkan badan maka tidak makruh.

  7. Merasa makanan dengan lidah semasa memasak.

  8. Mengunyah benda-benda keras atau liat seperti getah dan yang seumpama dengannya.

Jadi perkara-perkara yang makruh ini cubalah untuk dihindari.

Terbatal Puasa

Berikut adalah perkara-perkara yang apabila dilakukan, atau terjadi, akan membatalkan puasa:

  • Makan dan minum dengan sengaja

  • Muntah dengan sengaja

  • Bersetubuh

  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja

  • Keluar darah haid atau nifas (bagi wanita)

  • Hilang akal (menjadi gila)

  • Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari

  • Murtad (keluar dari Islam)

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka di tubuh badan

Berbuka Sebelum Waktu

Terdapat golongan tertentu yang dibenarkan untuk berbuka puasa walaupun waktu berbuka puasa belum sampai lagi. Mereka ialah:

  • Orang yang sakit

  • Orang yang kerja kuat (seperti buruh kasar)

  • Musafir iaitu orang yang dalam perjalanan lebih dari 2 marhalah

  • Orang tua yang sudah lemah

  • Wanita yang hamil

  • Wanita yang menyusukan anak

Niat, Imsak, Sahur dan Berbuka

Proses puasa bermula dengan niat, disusuli dengan imsak, kemudian bersahur dan akhir sekali mestilah berbuka (atau iftar).

Niat puasa Ramadan

  1. Puasa Ramadan (malah semua jenis puasa) bermula dengan niat. Tiada puasa tanpa niat.

  2. Maksud niat ialah menyatakan dalam hati yang kita nak buat sesuatu. Niat berpuasa ialah menyatakan dalam hati yang kita ingin mengerjakan puasa. Boleh berniat menggunakan bahasa Melayu kerana menggunakan bahasa Arab bukannya wajib.

  3. Tempoh berniat adalah panjang iaitu selepas waktu Maghrib sehingga sebelum masuk waktu Subuh pada keesokan harinya. Oleh itu boleh sahaja berniat puasa masa hendak tidur, atau selepas selesai solat terawih. Namun adalah lebih baiknya sekirnya berniat selepas selesai sahur.

  4. Tempoh niat habis ialah sebaik sahaja masuk waktu Subuh.

  5. Niat berpuasa Ramadan dilakukan setiap hari sebelum berpuasa. Sama seperti niat sembahyang, yang dilakukan setiap kali kita ingin bersembahyang. Namun dibolehkan untuk terus pasang niat untuk berpuasa sebulan.

Sahur

Sahur ialah makan sebelum memulakan puasa. Waktu sahur ini habis bila masuk saja waktu sembahyang Subuh. Sahur ini tidak wajib. Jadi tidak sahur pun tak apa. Namun ada satu hadis yang Nabi Muhammad s'a.w (riwayat Muslim) yang bermaksud bahawa yang membezakan puasa kita (umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab ialah bersahur. Ada satu lagi hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan".

Jadi sahur itu sunat. Jadi eloklah kita menambah amal ibadat di bulan Ramadan dengan perkara-perkara sunat untuk menambahkan pahala. Lagi pun sahur ini bolehlah dianggap sebagai 'pengalas perut' atau 'penyimpan tenaga' sebelum memulakan puasa. Bersahur dapat membantu kita untuk menjadi lebih cergas dan bertenaga semasa berpuasa, di samping mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar.

Imsak

Imsak ialah waktu berjaga-jaga, iaitu lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu Subuh. Imsak dalam bahasa Arab bermaksud 'menahan daripada sesuatu'. Ada satu hadis daripada Zaid bin Thabit yang bermaksud:

"kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya "berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?", baginda bersabda '50 ayat al-Qur’an' (HR Bukhari).

Hadis di atas menunjukkan yang Nabi Muhammad s'a.w makan sahur, kemudian lepas habis makan sahur itu ada suatu 'jarak waktu' sebelum baginda mula bersembahyang Subuh. Tempoh waktu antara habis sahur dengan solat Subuh itu ialah kira-kira lama membaca '50 ayat al-Quran'

Jadi sebenarnya dalam tempoh waktu imsak itu bukanlah haram untuk makan minum sebab haram makan-minum hanyalah bila sudah masuk waktu Subuh. Waktu imsak itu hanyalah waktu untuk 'berjaga-jaga' atau waktu persiapan untuk memulakan puasa. Tetapi berhenti sahur dalam tempoh '50 bacaan ayat al-Quran' sebelum masuk waktu Subuh itu adalah sunnah Nabi Muhammad s'a.w. Jadi sedapat-dapatnya eloklah kita lakukan yang sunnah itu.

Tempoh berpuasa

Tempoh berpuasa ialah dari waktu terbit fajar itu ialah bila masuk waktu sembahyang Subuh, sehinggalah waktu terbenam matahari iaitu waktu apabila sudah masuk waktu Maghrib. Jadi waktu berpuasa ialah apabila masuk saja waktu Subuh sampailah masuk waktu Maghrib.

Dari sudut geografi, fajar ialah cahaya kemerah-merahan di kaki langit sebelah timur sejurus sebelum matahari terbit. Matahari belum terbit lagi tetapi cahaya lemah kemerah-merahan sudah mula muncul di kaki langit. Kalau kita baca buku-buku tentang puasa, ada yang menyebut tentang fajar sadik. Fajar sadik ini ialah cahaya kemerah-merahan yang mula-mula muncul. Cahaya 'sadik' inilah yang dianggap sebagai batas atau sempadan antara akhir malam dan permulaan pagi.

Tempoh masa berpuasa dalam satu-satu hari ini dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)".

Buka puasa

Islam turut memberi panduan dan tunjuk ajar tentang buka puasa. Walaupun buka puasa adalah penutup kepada puasa di bulan Ramadan, namun tetap ada peraturan dan hukum-hakam tentang berbuka puasa ini.

Adab-adab berpuasa di bulan Ramadan

Hidup mesti beradab. Dalam semua bentuk kehidupan, kita kena menjaga adab. Begitu juga dalam berpuasa Ramadan, ada adab-adab tertentu yang elok dibuat.

Kelebihan bulan Ramadan

Ada satu ceramah yang pernah saya dengar. Penceramahnya berkata, kata kita benar-benar mengetahui kelebihan bulan Ramadan, maka kita akan menaruh harapan agar bulan Ramadan akan berterusan sepanjang tahun tanpa henti.

Kelebihan orang berpuasa

Jangan hanya lihat orang yang berpuasa sebagai orang yang lapar. Secara teknikalnya, memanglah mereka tidak makan dan tidak minum. Namun ini tidak bermakna yang mereka akan menjadi lemah, berpenyakit atau kehidupan mereka menjadi mundur. Sebaliknya, orang yang berpuasa ini mempunyai banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal, fisiologi, dan kerohanian.

Tempoh berpuasa

Tempoh berpuasa ialah dari waktu terbit fajar itu ialah bila masuk waktu sembahyang Subuh, sehinggalah waktu terbenam matahari iaitu waktu apabila sudah masuk waktu Maghrib. Jadi waktu berpuasa ialah apabila masuk saja waktu Subuh sampailah masuk waktu Maghrib.

Dari sudut geografi, fajar ialah cahaya kemerah-merahan di kaki langit sebelah timur sejurus sebelum matahari terbit. Matahari belum terbit lagi tetapi cahaya lemah kemerah-merahan sudah mula muncul di kaki langit. Kalau kita baca buku-buku tentang puasa, ada yang menyebut tentang fajar sadik. Fajar sadik ini ialah cahaya kemerah-merahan yang mula-mula muncul. Cahaya 'sadik' inilah yang dianggap sebagai batas atau sempadan antara akhir malam dan permulaan pagi.

Tempoh masa berpuasa dalam satu-satu hari ini dinyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib)".

Ibadah yang digalakkan kita buat di bulan Ramadan

Bulan Ramadan ialah bulan ibadah. Orang yang beriman dan orang yang memahami keberkatan dan kemuliaan bulan Ramadan akan menggunakan sepenuhnya bulan Ramadan untuk melakukan ibadat dan mengumpul puasa.

Malam Lailatul Qadar

Inilah suatu malam yang dinanti-nantikan dalam bulan Ramadan, iaitu malam yang dipercayai menyamai seribu malam. Ibadat pada malam Lailatul Qadar akan berganda seribu kali.

Kesilapan kita di bulan Ramadan

Tanpa kita sedar memang banyak kesilapan yang kita buat di bulan Ramadan. Ada yang disengajakan, ada yang tidak. Ada yang dibuat kerana kita jahil (tidak tahu) dan ada yang dibuat kerana kita rasa ia merupakan amalan biasa kita sejak kita kecil lagi. Namun kehidupan setiap hari kita adalah satu proses pembelajaran yang berterusan. Oleh itu eloklah kita mengetahui apa yang salah dan apa yang silap dalam amalan berpuasa kita.

Puasa dalam perjalanan (bermusafir)

Tidak dapat tidak dalam kehidupan kita ini kita akan dapat pengalaman berpuasa semasa berada di perantauan, atau semasa kita bermusafir (meninggalkan rumah melebihi jarak dua marhalah iaitu antara 89 hingga 90 km).

Solat Terawih

Sejak dari kita kecil lagi, kita mengenali solat terawih sebagai kembar kepada puasa Ramadan. Zaman berubah dan amalan solat terawin pun semakin berubah. Amalan terawih di kampung-kampung memang berbeza dari amalan yang dilakukan di bandar-bandar.

Isu semasa tentang puasa Ramadan masa kini

Dua makin maju dan kehidupan kita makin berkembang. Dari bujang, kita berkahwin, berbulan madu, dan kemudian mempunyai anak-anak dan membina keluarga. Ada yang hidup di kampung, ada yang mula berpindah di kota. Dari kehidupan di kampung, kita mengharungi kehidupan di kota pula. Jadi dalam perkembangan hidup kini, kita akan terjumpa pelbagai isu tentang puasa di bulan Ramadan. Kadang-kadang isu itu dihadapi oleh kita, kadang-kadang melanda kawan-kawan kita. Mari kita lihat contoh-contohnya.

Tentang puasa enam

Mari kita lihat sedikit tentang 'puasa enam' iaitu amalan melakukan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawal iaitu selepas Hari Raya Puasa.

Isu suami-isteri di bulan Ramadan

Di bulan Ramadan, hidup sebagai suami isteri, terutama untuk pasangan yang baru berkahwin, adalah satu cabaran besar. Malah ada yang bernikah di bulan Ramadan. Jadi macam mana amalan puasa Ramadan dilunaskan? Adakah sama sahaja macam puasa orang bujang, atau penuh dengan cabaran, duri dan ranjau?

Apa Nabi Muhammad s'a.w buat masa berpuasa?

Nabi Muhammad ialah manusia agung yang membawa Islam ke dunia ini. Baginda adalah lambang akhlak yang terpuji. Apa yang dibuat oleh bagind akan menjadi panduan dan pedoman untuk kita turuti. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s'a.w semasa baginda berbuasa.