MARI BERKONGSI ILMU TENTANG PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Friday, May 10, 2013

Rukun puasa Ramadan

Rukun ialah perkara yang perlu dibuat untuk menjadikan sesuatu amalan itu sempurna dan boleh diterima. Ada dua rukun puasa Ramadan iaitu:
  1. Niat
  2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Niat Puasa

Tiada puasa tanpa niat. Jadi kalau nak berpuasa, kena ada niat. Niat ialah menyatakan dalam hati yang kita nak buat sesuatu. Tidak wajib berniat dalam bahasa Arab. Jadi boleh niat dalam bahasa Melayu.

Waktu niat adalah selepas waktu Maghrib (waktu berbuka) dan sebelum masuk waktu Subuh. Boleh saja berniat puasa masa hendak tidur. Tapi lebih baiknya ialah berniat selepas waktu sahur.

Boleh niat puasa untuk setiap kali nak berpuasa. Tapi boleh juga berniat untuk berpuasa sebulan, iaitu berniat untuk menunaikan puasa setiap hari pada sepanjang bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment